Wednesday, July 2, 2008

POLITIK VS FILEM HINDI

Melihat kepada senario politik yang kian parah dan kritikal hari ini, kesimpulan yang dapat dibuat ialah gimik politik ini hanya akan merugikan agama dan bangsa. Pelbagai isu, spekulasi dan berita politik tanahair digembar-gemburkan sehebat-hebatnya. Masing-masing dengan strategi dan pencak bagi menjatuhkan lawan masing-masing. Mereka menggunakan teori politik Machievelli iaitu "matlamat menghalalkan cara". Sekiranya berlaku reformasi kali kedua maka kesan buruk adalah ke atas ekonomi negara. Yang akan mengaut keuntungan adalah golongan taukeh manakala yang akan sentiasa rugi dan merana adalah rakyat.

Marilah kita sama menadah tangan memohon doa kepada Allah swt supaya kebenaran akan terbukti. Yang bersalah harus menerima hukuman dan hukuman Yang Maha Agung adalah selayaknya bagi mereka ini.

Cerita politik seumpama cerita Hindustan yang penuh dengan alunan lagu merdu yang mengasyikan. Pelakonnya akan menggunakan menukar banyak kostum dalam setiap lagu yang dinyanyikan. Penonton bercucuran airmata apabila tibanya bab sedih. Melankolik dan syahdu. Walau bahasa yang tidak difahami dan cerita yang sudah boleh diagak kesudahannya namun penonton masih setia mengikut rentak cerita Hindustan. Penyudahannya si "hero" mesti menang dan gembira semula bersama keluarga. Watak antagonis kebanyakannya adalah muka yang sama. Itulah politik Malaysia kini. Semua mahu menjadi hero kepada rakyat!

No comments: