Semalam Mahkamah telah mengisytiharkan YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Nampaknya cerita Perak ini tidak akan berkesudahan sehingga pilihanraya ke-13. Keputusan telah dibuat maka terimalah dengan hati yang terbuka. Pepatah lama warisan nek-moyang kita Orang Melayu : ikut rasa, binasa, ikut hati, mati. Masa kemenangan dulu berpihak pada YB Dato Seri Nizar, bukan main bersorak. Keluar pula kenyataan bahawa pihak mahkamah telus dan adil tetapi apabila kemenangan berpihak kepada orang lain maka kenyataan sebaliknya pula timbul. Apa cerita ni? Cakap tak serupa bikin maka politik mereka juga akan jadi tak serupa bikin.Muktamar PAS akan berlangsung tidak lama lagi. Kali ini menyaksikan pertandingan yang cukup ramai. Pertembungan antara golongan profesional dan ulama. Setelah pilihanraya ke-12 yang lepas, PAS dengan pakatan bersama PKR dan DAP telah berjaya menguasai lima buah negeri. Kalau dahulu PAS begitu sinonim dengan agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud, kini perjuangan PAS telah jauh tersasar. Tiada lagi istilah "kafir" bekerjasama dengan orang bukan Islam-DAP. Lihat sahaja apa yang berlaku setelah melebihi setahun di kelima buah negeri. Tiada bezanya sewaktu di bawah pemerintahan kerajaan BN bahkan mesin judi dan rumah urut semakin bertambah banyak pula. Orang-orang PAS sekadar menjadi pemerhati seolah-olah menghalalkan pula perkara tersebut khasnya di negeri Selangor. Dulu lain sekarang lain. Dulu tidak ada kuasa tetapi sekarang sudah ada "power" tapi habuk pun apa yang dicakap dulu tidak dilaksanakan. Kini ada pula Kelab Penyokong PAS bagi ahli yang bukan Islam. Nanti akan ada kerusi pula bagi kelab tersebut. Nampaknya manusia masih tak sedar diri. Cakap saja!
Bukan main berlagak lagi nampaknya si'jagoan' ini main isu sensitif. Tambahan pula disokong oleh segolongan bangsa Melayu yang masih tak sedar diri dan gilakan kuasa. Sudah dibagi betis,paha pula yang dikehendaki. Taraf bumiputera. Ingat apa? Orang Melayu ni patung yang boleh dijentik hidung? Kalau ya pun hendak menjadi jagoan, maka jangan cuba timbulkan isu-isu sensitif yang akan menyebabkan perpecahan dan menganggu-gugat perpaduan yang "suam-suam kuku" ini. Kesannya amatlah dahsyat dan kekeruhan yang akan berlaku pula akan mengambil beratus tahun pula untuk dijernihkan. Agak-agaknya kalau si"jagoan" itu tidak berada di Malaysia mungkin dia menerima nasib yang sama macam apa yang berlaku di Sri Lanka. Yang paling kurang ajar ialah berani pula menggugut untuk buat demonstrasi jalanan sekiranya permintaan tidak dipatuhi. Siapa tuan punya tanahair ini? Cerminlah diri. Kalau tak nampak juga, ambillah lampu suluh atau berlumurlah atas tepung biar terang sikit nampaknya. Nampaknya kaduk sudah naik junjung. Jangan dikejut harimau yang tidur nanti buruk padahnya. Sedarlah diri tu!
Rupanya, dalam usia tanahair yang menjangkau melebihi setengah abad ini masih ramai manusia yang tidak sedarkan diri. Mabuk kuasa dan kepentingan diri sehingga sanggup mengorbankan kedaulatan dan maruah agama, bangsa dan negara. Lupa sejarah dan lupa segalanya. Juga lupa bahawa mereka hanya tetamu yang diberikan sedikit hak untuk menumpang di bilik kecil dalam rumah kita.



1 comment:
Assalamualaikum saudara.
Semoga berada dalam kesejahteraan sentiasa.
link zura tu yg betulnya :
www.zurazul-handmade.blogspot.com.
ok. semoga aman dan maju perak di bawah Dr zambry..ewah!
Post a Comment