Salam 1Malaysia. Esok adalah tahun baru 2010. Tahun yg diharapkan menjanjikan keharmonian kepada seluruh warga tanahair tercinta. Tahun yang diharapkan agar mengubah landskap sosial, ekonomi dan politik tanahair ke arah yang lebih baik dan sejahtera. Tahun untuk kita sama tunaikan tanggungjawab sebagai warga pribumi tercinta ini.
Bersamalah kita mendoakan agar 2010 akan menjadikan kita lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Pihak pemimpin dan pendokong kerajaan atau pembangkang (walau agar susah untuk bersatu tetapi ia bukan perkara mustahil) marilah kita bersatu dan bersuara demi kepentingan ramai. Berpolitik biarlah dengan cara yang berhemah dan bijaksana. Yang baik kita sokong dan yang buruk kita campakkan jauh-jauh daripada benak fikiran kita kerana di sinilah tanah tumpah darah kita. Orang lain mungkin boleh balik ke negara asal mereka tetapi kita hanya di sini...tanahair dan watan ini. Justeru, bumi ini harus dipertahankan walau hingga titisan darah terakhir....
Selamat datang 2010. Selamat datang keharmonian dan perpaduan!



No comments:
Post a Comment