Thursday, December 10, 2009

KEBIADAPAN YANG SEMAKIN MELAMPAU














Kata pepatah "beri betis hendakkan paha" menggambarkan betapa pengorbanan yang telah diberikan oleh orang Melayu terhadap kaum lain di tanahair tercinta ini tidak dihargai nilainya. Mereka kini semakin biadap dan kurang ajar kerana segelintir daripada bangsa kita yang menyokong mereka kerana kepentingan politik semata. Mereka inilah pengkhianat bangsa sebenarnya!

Bangsa lain yang semakin berani meminta hak-hak kita walaupun hampir separuh daripada kepentingan kita telah berikan kepada mereka. Kita kini hampir telanjang. Telanjang kerana silapnya orang-orang kita sendiri. Bahkan sesetengah pemimpin kita rela mengutamakan mereka seolah-olah "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan" demi menjaga keharmonian dan perpaduan anara kaum tetapi mereka sengaja buat lupa. Mereka ini yang dulunya datang sebagai "balachi" kini berlagak seumpama tuan seolah-olahnya tanah ini mereka yang punya. Kalaulah Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Dol Said, Rentap dan lain-lain pahlawan kita dulu masih hidup maka necaya mereka ini akan menangisi air mata darah kerana pengorbanan mereka dulu semakin dilupakan dan tanah ini semakin lenyap diambil orang lain. Sejarah yang semakin dilupakan sehingga sanggup membawa pulang petualang bangsa, komunis laknat Chin Peng balik ke tanah air ini!

Ingatan buat diri dan sahabat seperjuangan, ayuh..kesedaran dan jatidiri harus kita perkukuhkan kembali kepada generasi baru bagi memastikan hak kita yang tinggal sekangkang kera ini harus dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Mereka ini harus diajar, diajar bahawa tanah ini kepunyaan kita, warisan nenek moyang kita dan bukannya milik mereka!

Antara artikel kebiadapan mereka : http://www.malaysiakini.com/news/119461

No comments: