Malam tadi saya berkesempatan menonton filem "Troy" yang ditayangkan di TV3 sambil melayan karenah anak-anak. Cerita yang diadaptasikan daripada Epik Perang Trojan ini amat menarik dan banyak pengajaran yang boleh dipelajari terutama dalam suasana senario politik tanahair yang agak berkecamuk kini. Pengajaran yang dapat dipelajari adalah kerana ketamakan dan kepentingan pemimpin maka ramai yang menjadi mangsa korban termasuk kehancuran negara sedangkan ianya boleh diatasi dengan perbincangan. Dalam hal ini tiada siapa pun yang untung kerana diakhir cerita semuanya mati.Saya tertarik dengan dialog watak utama filem ini iaitu Hector kepada Achilles sebelum mereka berlawan iaitu : "Marilah sama kita berdamai sementara peluang masih ada bagi mengelakkan banyak nyawa yang akan terkorban. Askar-askar ini begitu taat kepada pemimpin walaupun mereka tidak pernah bertemu muka dengan mereka. Mereka berkorban demi pemimpin."
Jika kita samakan dengan senario politik kita maka ada persamaannya seandainya perkara-perkara buruk ini terus berpanjangan. Yang menjadi mangsa adalah bangsa Melayu dan agama Islam. Justeru, marilah kita bersatu atas nama Islam agar keharmonian dan perpaduan dapat diteruskan. Perbalahan dan pertelagahan akan menimbulkan kesan negatif yang akan mengorbankan mereka yang tidak berdosa.
Troy is an epic movie released on May 14, 2004, concerning the Trojan War. It is loosely based on Homer's Iliad, but includes material from Virgil's Aeneid and other sources, and frequently diverges from myth. The film has the following cast of actors prominent at the time of its release: Brad Pitt as Achilles, Eric Bana as Hector, Orlando Bloom as Paris, Diane Kruger as Helen, Brian Cox as Agamemnon, Sean Bean as Odysseus, Rose Byrne as Briseis, Garrett Hedlund as Patroclus, Peter O'Toole as Priam, Brendan Gleeson as Menelaus, and Tyler Mane as Ajax. Troy was directed by Wolfgang Petersen and written by David Benioff. It received an Oscar nomination for its costume design.



No comments:
Post a Comment