Surah al-Asr memberikan banyak pengertian bagi mereka yang mengkaji dan memahami maksud yang tersirat dan tersurat di dalamnya. Allah swt menurunkan Al-Quran sebagai panduan buat umat Nabi Muhamad saw dan ianya relevan pada setiap zaman. Lama sudah tidak menulis dan mencatatkan apa-apa di blog ini. Akhir zaman ini menjadikan masa semakin pendek dan berlalu begitu cepat. Seorang sahabat saya pernah berkata bahawa "mereka yang selalu menulis blog ini adalah orang yang banyak masa lapangnya atau orang yang memang tidak ada kerja". Saya hanya tersenyum sendirian. Maksudnya saya ini terlalu sibuk kerana saya ada banyak kerja bukan orang yang ada kerja tetapi banyak masa lapangnya kerana tidak buat kerja. Saya ucapkan terima kasih pada sahabat yang mengingatkan saya itu dan sekurang-kurangnya saya tahu kedudukan diri saya.
Namun walau sesibuk mana pun kita sebenarnya kita yang mengaturkan masa itu. Demi masa. Terima kasih semua..jadi kalau saya jarang menulis itu tandanya saya banyak kerja!



No comments:
Post a Comment