Thursday, December 11, 2008

DUNIA SEMAKIN MENGHAMPIRI PENGHUJUNG USIA

Akhir-akhir ini pelbagai tragedi dan tanda-tanda akhir kiamat semakin jelas dan nyata. Lihat, kaji dan selidiki samada di dalam atau luar negara. Semuanya jelas terbentang. Namun kita manusia tidak pernah berubah dan tidak pernah mengambil iktibar. Bukit-bakau sebagai pasak bumi semakin dilandikan demi kepentingan peribadi. Kemewahan dan materialistik menjadi pegangan. Kita sering menyalahkan orang lain tetapi jarang melihat kesilapan kita sendiri. Lihat sahaja apa yang berlaku, orang yang menolong dan membuat kebaikan disaman dan diburuk-burukkan sehingga seantero dunia mengutuknya. Kini, kita sukar membezakan antara kebenaran dan kejahatan. Dunia semakin tua dan semakin bergerak ke penghujung usia.

Gejala seks bebas dan seks sejenis semakin berleluasa bahkan terang-terangan dilakukan di khalayak. Pemimpin yang semakin melupakan tanggungjawabnya. Ulama dipandang hina, artis dijadikan idola. Orang jahat diterima dan yang baik dibuang jauh. Anak luar nikah semakin bertambah. Peperangan berlaku di mana sahaja. Masjid dan surau yang tiada jemaahnya lagi. Ayah dan ibu yang tidak dihormati lagi. Manusia lebih mementingkan materialistik. Bumi semakin berat menanggung bebanan dosa-dosa kita dan akhirnya ia melepaskannya. Kesannya, semua akan terkena termasuk mereka yang tidak berdosa juga turut terpalit.

Ayuh..marilah kita sama memperbaiki diri dan keluarga semoga kita akan selamat daripada segala bala dan bencana samada di dunia atau akhirat. Ya Allah Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa. Berikanlah kami hidayah dan inayah. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Berikanlah kami kekuatan supaya kami akan kekal dalam iman dan takwa. Selamatkanlah agama Islam yang tercinta ini dan mereka yang berjuang demi menegakkan agama-Mu. Syurga yang kita cari!

1 comment:

NIZAM MAT SAARI said...

Salam bro,

Lagi pelik dunia hari ini: "diberi madu, dibalas racun"! Tergamak pulak segelintir penduduk dan mangsa tregedi di Bukit Antarabangsa tu tuduh para sukarelawan yang membantu mereka mencuri barangan mereka ketika operasi? Hish, kalau pun ada, tentu orang yang mencuri tu kena lakhnat.

Aku pun pelik jugak kerana sedikit pun tidak timbul rasa simpati dalam hati dengan tragedi tu. Entah kenapa? Mungkin kerana depa kaya-kaya dan tak lah terlalu susah kot. Harta benda yang tenggelam tu ok lah tenggelam, tapi duit depa pun banyak lagi kat bank nu kan?

Cuba baca blog http://aziziabdullah.blogspot.com/ Baca kisah dia dengan gadis pemandu teksi tu, huh, aku sokong gak statement tuh.