Thursday, February 19, 2009

POLITIK YANG DIPOLITIK

Semuanya bercelaru kerana politik yang dipolitikkan. Isu terbaru adalah berkenaan gambar bogel ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong. Ahli politik adalah "public figure". Apabila sesuatu isu dikeluarkan maka masyarakat akan berminat untuk mengikuti perkembangannya. Apatah lagi yang melibatkan isu moral. Dalam isu ini nampaknya pihak Pakatan Rakyat cuba memanipulasikan isu supaya ianya akan terkena kepada pihak lawan iaitu Barisan Nasional (BN). Begitu juga sebaliknya.

Saya bersetuju dengan pandangan YB Datuk Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar yang menjelaskan bahawa BN tidak patut dipersalahkan kerana orang yang mengedarkan gambar tersebut bukannya orang BN bahkan teman lelaki YB Elli yang juga berjawatan dalam Parti Keadilan Rakyat. Apakah dalam setiap isu negatif yang berlaku kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat maka kerajaan BN harus dipersalahkan.

Dah tahu "public figure" maka jagalah moral. Ingatlah bahawa satu telunjuk yang ditunjukkan kepada orang lain maka sepuluh penunjuk akan menunjuk kepada kita. Selepas ini agaknya Bukit mana pula yang akan diadakan pilihanraya? Saya cuba senaraikan antara Bukit yang ada Yang Berhormat selain ketiga-tiga Bukit tersebut...

Johor : Bukit Serampang, Bukit Permai, Bukit Batu (DUN)
Melaka : Bukit Katil (Parlimen), Bukit Baru (DUN)
Negeri Sembilan : Bukit Kepayang (DUN)
Selangor : Bukit Melawati, Bukit Antarabangsa, Bukit Gasing (DUN)
Wilayah Persekutuan KL : Bukit Bintang (Parlimen)
Perak : Bukit Chandan, Gunung Semanggol (Lagi tinggi daripada bukit) (DUN)
Kedah : Bukit Kayu Hitam, Bukit Lada, Bukit Pinang, Anak Bukit (Ada juga Bukit) (DUN)
Pulau Pinang : Bukit Mertajam, Bukit Gelugor, Bukit Bendera (Parlimen), Bukit Tengah, Bukit Tambun (DUN)
Pahang : Bukit Ibam (DUN), Cameron Highlands (Tanah Tinggi juga) (Parlimen)
Terengganu : Bukit Tunggal, Bukit Payung, Bukit Besi (DUN)
Kelantan : Bukit Tuku, Bukit Panau, Bunut Payung (Adik-beradik Bukit) (DUN)

Justeru, apabila menjadi ahli politik, berpolitik dan dipolitikkan .... lu pikirlah sendiri!

1 comment:

MAHA KAYA said...

Minggu lepas misalnya, Mukhriz member RM15 ribu kepada 5 orang anggota jenteranya di Johor diketuai oleh KP Simpang Renggam Oya. Perwakilan Melaka pula ditampar RM200 seorang. Di Kelantan, pemberian wang dikendalikan oleh bekas NKP Kuala Pilah Nafiz yang tinggal di Kota Bharu untuk tempoh berkempen ini, dan orang luar ini dibantu perwakilan Rantau Panjang Wan Nasir dan Sazmi Miah KP Machang yang tidak diterima di Bahagiannya sendiri.