Thursday, February 26, 2009

INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA

Berdiskusi pasal politik kita kurang memberi tumpuan kepada isu-isu lain. Di tahun kedudukan ekonomi yang kurang stabil ini, pihak kerajaan harus memainkan peranan aktif bagi menjaga keharmonian rakyat. Kegagalan mewujudkan peluang ekonomi kepada rakyat akan mengurangkan lagi jurang kepercayaan rakyat kepada kerajaan khasnya UMNO.

Melihat kepada laporan Malaysian Business, hanya 2 orang Melayu daripada 10 orang individu terkaya di Malaysia. Itupun dikedudukan yang ke-7 dan ke-10. Mungkin ini adalah hasil daripada dasar DEB yang telah diperjuangkan oleh UMNO daripada dulu berbanding sebelumnya yang langsung tiada dalam senarai. Bukan apa, apabila ramai orang Melayu yang kaya maka akan bertambah wang zakat.

Kekadang terfikir dibenak fikiran, pemimpin kerajaan, pegawai atasan kerajaan, pemimpin GLC dan tuan tanah majoritinya adalah orang Melayu. Tetapi masih gagal meningkatkan ekonomi orang Melayu yang masih berlegar sekitar 18% sahaja berbanding kaum-kaum lain. Mungkin kerana kurangnya kepercayaan terhadap bangsa sendiri, peluang yang jarang diberikan serta lebih kepada kronisme. Atau orang Melayu lebih selesa menjadi "ali baba" juga sikap selesa dan kurang mencari peluang yang masih membelenggu..Tepuk dada tanya selera!

Ayuh, bersamalah kita ubah!

--------------------------------------------------------------------------------

Malaysian Business mendapati jumlah kekayaan dimiliki 40 individu terkaya Malaysia telah susut RM75.6 bilion(43%) kepada RM96.30 bilion setakat 16 Januari 2009.

Malaysian bussiness juga mendedahkan bahawa separuh dari mereka merekodkan penurunan 50% kekayaan dengan hanya 14 orang bergelar bilionair, berbanding 19 orang billionair pada tahun lepas.

Muka baru dalam senarai 40 individu terkaya Malaysia adik beradik dari kumpulan YTL, Datuk Yeoh Soo Min dan Datuk Yeoh Soo Keng juga balu pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Lee Kim Hua.

Senarai 10 teratas dan nilai kekayaan :

1.Tan Sri Robert Kuok (Raja gula-Kuok Brothers Sdn Bhd) - RM26.6 bilion
2.T. Ananda Krishnan (Maxis) - RM20.1 bilion
3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public bank) - RM8.15 bilion
4.Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation) - RM7.4 bilion
5.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM4.5 bilion
6.Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) - RM3.5 bilion
7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (MMC Corp. Berhad) - RM3.2 bilion
8.Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group) - RM1.8 bilion
9.Tan Sri Tiong Hiew King (Kumpulan Rimbunan Hijau) - RM1.6 bilion
10.Tan Sri Azman Hashim (Arab Malaysian Corp.) - RM1.4 bilion

2 comments:

NIZAM MAT SAARI said...

Salam.

Betul Bro. Orang Melayu ni kuat sangat politik. Yang tak berpolitik pun sibuk berpolitik juga. Orang lain bangsa lain buat duit kat bumi sendiri. Orang lain bangsa lain kaya-raya kat bumi Melayu. Melayu? Asyik bertengkar nak jadi MB? Kah kah kah

Udah udah la tu main politik woi. Ya semuanya retorik!

Jom kita pikir macam mana nak kaya?

http://nizammatsaari.com/blog

MuSaFiR said...

Betul bro. Doakan kita sama-sama meniti kesenangan hidup dunia dan akhirat. Semalam gua ada reunion sekolah di rumah seorang sahabat di Shah Alam. Rumah beliau sahaja berharga hampir 5 juta. Kami berkongsi pengalaman hampir jam 2 pagi. Seronok tengok kawan-kawan berjaya. Ayuh...bro kita majukan ke hadapan.