Kita tinggalkan cerita politik seketika. Institusi kekeluargaan jauh lebih penting untuk sama direnungkan. Keinsafan ini timbul apabila saya ke majlis "reunion" sahabat sekolah di Shah Alam pada malam minggu yang lalu. Alhamdulillah, sahabat saya dan suaminya kini berjaya dalam perniagaan dan telah bergelar jutawan. Saya kagum melihat banglo mewah yang kebanyakkannya adalah daripada kayu cengal dan meranti yang diukir dengan kesenian Melayu. Syabas sahabat!Kami berbincang tentang perniagaan dan keluarga masing-masing sehingga jam 2 pagi di wakaf ditemani deruan air terjun buatan. Suasana yang nyaman dan segar di awal pagi. Sebelum kami makan anak beliau yang membacakan doa. Anak beliau yang berumur 6 tahun setia bersama dan duduk dengan penuh tertib dan sopan. Apabila ditanya apakah cita-citanya, lembut menjawab :"Ustaz kemudian ingin menjadi mufti".
Saya tersenyum. Jawapan yang memang tiada langsung dalam diri anak-anak kita sekarang. Justeru, anak ibarat sehelai kain putih bersih. Kita yang mencorakkannya. Dewasa ini begitu banyak masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita. Ianya seumpama barah yang kian merebak. Institusi kekeluargaan kian renggang.
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak kita boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anak kita kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil maka dia akan turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu dengan kebaikan maka akan turut diperolehinya.
Aqra' pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqra' berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang sahabat bertanya kepada Nabi saw; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Ayuh kita bina kekuatan institusi keluarga kekuatan ummah. Pemimpin yang baik lahir sebagai seorang anak yang baik, menjadi pemimpin keluarga yang baik serta bergaul mesra dengan semua masyarakat. Bukannya mahu menjadi pemimpin tetapi keluarga hancur dan tidak terdidik. Marilah kita sama jaga hubungan dengan Tuhan dan hubungan dengan manusia dan jika semua orang UMNO mengamalkannya nescaya tidak akan timbul pelbagai masalah!



2 comments:
Bagus bro, jangan asyik politik saja, depa bukan boleh bagi anak-anak kita makan pun. Depa dok jaga periuk nasi depa saja.
Jom kita pakat-pakat jaga dan didik keluarga kita, anak-anak kita.
P/s: Video kat sidebar tu bolehkecilkan sikit saiz dia, Cuba taip W=240 dan H=200 kat dalam html tuh.
Tq sahabat..
Post a Comment