Heboh seantero dunia. Manek Urai menjadi medan pertaruhan antara dua parti jagoan Melayu iaitu UMNO atau PAS. Calon sudahpun diumumkan. Kini kempen semakin hangat. Selain isu perpaduan yang hangat dibincangkan timbul juga isu Tuan Guru Nik Aziz yang mencabar Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka. Apa motifnya? Tidak lain tidak bukan adalah unuk memburukkan lagi rekod UMNO. Permainan politik sedemikian adalah permainan politiking gaya Anwar Ibrahim iaitu memburukkan orang lain dengan spekulasi, kemudian provokasi dan akhirnya dimanipulasi serta disensasikan.Hebatnya politik manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini adalah dalam memanipulasikan cerita yang sengaja disensasikan bagi meraih publisiti dan simpati orang ramai. Seorang kawan saya pernah melawak bahawa andai Anwar Ibrahim ini mengatakan air kopi itu adalah air suam maka orang ramai akan mempercayainya sebagai air suam. Begitulah hebatnya beliau. Itu dulu. Kini semua orang sudah tahu taktik politik beliau bagi menutup kes liwat yang sedang dibicarakan.
Bagi meraih sokongan ramai beliau telah berjaya memanipulasi PAS dan DAP yang akhirnya berjaya dikuasai sepenuhnya atas nama PAKATAN RAKYAT. Sehinggakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun terpesona dengan permainan politiking Anwar Ibrahim maka sebab itlah diwar-warkan tentang cabaran mengadakan debat terbuka. PAS yang dulunya hanya lantang dalam isu pembentukan negara Islam kini semakin hilang arah sehingga Tuan Guru Nik Aziz sanggup mencabar Ustaz Nasharudin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok sekiranya masih berbicara tentang isu kerajaan perpaduan.
Debat adalah pertandingan bukan perbincangan. Dalam debat akan ada sebelah pihak yang terasa puas hati dan akan ada yang akan terasa hati. Debat tidak akan menyelesaikan masalah bahkan debat akan mendatangkan lebih banyak masalah. Lihat sahaja perdebatan antara Anwar Ibrahim dan Shabery Chek. Apa hasilnya? Sehingga kini tiada apa-apa hasil daripada perdebatan tersebut!
Sekiranya Tuan Guru Nik Aziz ingin melihat keharmonian dan maruah agama, bangsa dan tanahair dihormati adalah lebih baik mencadangkan agar diadakan perbincangan. Bukankah melalui perbincangan maka akan banyak masalah dan persoalan yang dapat diselesaikan secara bersama. Itulah, kini Presiden PAS ibarat patung dan PAS sendiri adalah mesin yang mana "remote control"nya dipegang oleh Saudara Anwar Ibrahim!
Sebenarnya, bagi membentuk kerajaan perpaduan, PAS boleh membuat keputusan tanpa ada kaitan dengan PKR dan DAP. Membuat keputusan berlandaskan perbincangan dengan PKR dan DAP menunjukkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang lemah dan mengharapkan ihsan orang lain. Jika begitulah sikapnya maka selama-lamanya PAS akan diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP! Berubahlah PAS! Jangan jadi lembu yang ditarik hidungnya!!



No comments:
Post a Comment