Adat bertanding akan ada yang kalah dan yang menang. PAS menang tipis di DUN Manek Urai. Kekalahan tipis calon Barisan Nasional (BN) semalam menunjukkan angin perubahan daripada rakyat bertiup kuat. Keputusan itu menunjukkan petanda rakyat sudah mula boleh menilai kepimpinan dan kewibawaan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak untuk membawa pembaharuan kepada negara.Pas mengekalkan kerusi DUN Manik Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti hanya 65 undi.
Kekecohan yang berlaku bukan disebabkan oleh penduduk tempatan malahan disebabkan oleh penyokong luar.
Para pemimpin dan orang UMNO menerima kekalahan tersebut dengan semangat yang baik setelah mereka bekerja keras bagi menawan kubu kuat PAS tersebut. Kalah berprinsip di gelanggang lawan!
PAS perlu memahami mesej tersirat yang ingin disampaikan oleh rakyat bahawa mereka tidak akan menyokong parti tersebut lagi sekiranya pimpinan PAS masih berdolak-dalih dalam beberapa isu besar serta masih bekerjasama dengan DAP dan PKR. PAS juga semakin tersasar dalam perjuangannya bagi menegakkan agama Islam.
BN perlu melaksanakan segala janji yang diberikan bagi membuktikan bahawa BN sentiasa peka dengan masalah rakyat.
BN perlu menjelmakan calon seperti Tuan Aziz dalam PRU-13 yang sentiasa mendampingi rakyat dan hidup dalam penuh kesederhanaan bagi mengembalkan sokongan kuat rakyat.
Juga UMNO perlu meletakkan calon yang dikenali, berbudi bahasa dan boleh dibawa bersama rakyat tanpa sebarang "karper merah" serta yang utama, boleh menjadi imam di kawasan tersebut!
BN khasnya UMNO kena berani berubah dan sudah tentu perubahan memerlukan sedikit pengorbanan.
Yang jelas tersurat, rakyat sebenarnya juga ingin melihat perpaduan UMNO-PAS menjadi suatu realiti supaya kekuatan orang Melayuakan kembali tguh dalam memartabatkan agama dan tanahair!



No comments:
Post a Comment