Tuesday, August 4, 2009

MEDIA BARU DAN SENARIO SEMASA

Keterbatasan masa yang berlalu laju seolah kita semakin jauh tertinggal di belakang. Alhamdulillah, media baru banyak memberi kelebihan pada kita berkongsi pandangan dan menjalin silaturahim bersama sahabat walau di mana pun berada. Bertemu kembali sahabat lama sambil mengupas kenangan lalu di waktu persekolahan. Ada pelbagai peristiwa pahit dan lucu. Itu mungkin satu kelebihan.

Namun, media baru juga banyak buruknya andai disalahguna yang kini menjadi medan fitnah dan berita palsu. Mungkin ini juga antara tanda bahawa kiamat semakin hampir.

Akhir-akhir ini negara semakin lesu dengan pelbagai isu. Penularan wabak H1N1 Selsema Babi yang kian merebak sehingga banyak sekolah dan IPTA yang terpaksa ditutup sementara (kuarantin).

Bahana Pakatan Rakyat yang membuat demonstrasi Mansuhkan ISA sehingga melumpuhkan ekonomi orang Melayu dan meruah negara di mata negara luar. Impaknya tiada apa melainkan kerosakan dan kerugian. Mereka ini sengaja menganjurkan perhimpunan haram agar segala kebobrokan dan kebejatan yang berlaku antara mereka dilupakan rakyat.

Senario politik orang Melayu yang kian keliru sehingga terbahagi kepada tiga kelompok yang akhirnya akan merugikan orang Melayu sendiri. Lihat sahaja perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat yang mana 95% adalah terdiri daripada orang Melayu sedangkan bangsa lain lebih selesa bercuti atau berehat di rumah. Kesannya, mereka tersenyum melihat kebodohan kita bertelagah sesama sendiri. Kini kita orang Melayu semakin tunduk kepada golongan minoriti, inilah kesannya apabila kita berpecah sesama sendiri sedangkan dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan mereka, mereka boleh menari dan menyanyi seirama dan senada tapi kita??

1 comment:

Anonymous said...

Setuju ngan pandangan penulis.....siapa yang rugi....kerana ego masing masing...ada plak tu yang jenis lantak la...dah itu yang kao nak...kalau setiap manusia tu memainkan peranan masing masing seperti mesin taip walaupun buruk tapi boleh menyuarakan pendapat dengan kerjasama setiap huruf yang ada didalamnya...kenapa kita tak bekerjasama?