Tuesday, September 1, 2009

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN


Bulan ini bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Begitu cepat masa berlalu menjamah usia kita yang menghampiri musim-musim akhir kehidupan. Saban waktu bergerak pantas. Masa seolah-olah meninggalkan kita terkapai-kapai dalam arus deras. Kita punyai sedikit waktu yang tersisa dengan penuh tanggungjawab dan amanah yang terpikul dibahu. Mahu tidak mahu kita harus selesaikan sebaiknya. Itu lumrah alam. Amanat di dunia dan akhirat yang harus kita tunaikan.

Buat semua sahabat, selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga segala amal dan ibadat kita diterima Allah swt seadanya.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. Kemerdekaan negara yang menjangkaui lebih separuh abad dengan pelbagai dugaan dan rintangan yang harus kita lalui. Pahit dan jerih ranjaunya yang terpaksa ditempuhi nenek-moyang terdahulu dan hasilnya inilah keharmonian yang kia kecapi hari ini. Al-fatihah buat semua pejuang bangsa dan tanahair!

No comments: