Hari ini merupakan hari debaran buat rakyat Malaysia. Apakah akan berubahnya kerajaan. Semua orang merasa teruja untuk mengetahui sejarah hari ini. Ramai orang mengadap TV, buka internet dan lain-lain lagi. Namun nampaknya masih seperti hari-hari yang lepas. Semuanya cakap-cakap politik dan yang merana adalah kita sebagai rakyat. Demi kepentingan politik, kita berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Malam tadi selepas solat terawih, saya dan beberapa orang kawan yang terdiri daripada para Pengerusi Persatuan Penduduk berbincang mengenai beberapa perkara demi kepentingan komuniti sekitar khasnya berkenaan orang Melayu. Sahabat saya yang seorang ini (penyokong kuat PKR yang banyak menyumbang masa dan tenaga demi kepentingan Pakatan Rakyat) menyatakan rasa kecewa dan marah kepada tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang seolah-olah makin melupakan golongan akar umbi. Katanya, YB Dr. Nasir (ADUN Kota Damansara) semakin sukar untuk berjumpa golongan bawahan. Jemputan yang dihantar susah sekali untuk dihadiri. Beliau merasa sungguh menyesal dengan sikap YB tersebut dan merasa tersalah menyokong seperti katanya "sokongan membawa rebah". Beliau juga merasa marah dan bengang dengan sikap seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor (PKR - Melayu) yang baru dijumpai petang tadi di Pejabat SUK yang memberikan pelbagai alasan mengenai beberapa isu berkaitan komuniti dan orang Melayu. Katanya; "kalau aku tahu begini jadinya, baik aku pangkah BN sahaja". Jawab saya mudah, "cakap ni senang, nak buat tu yang susah". Dulu sewaktu orang UMNO yang jadi wakil rakyat, ada juga program kemasyarakatan yang diadakan. Sekurang-kurangnya kepentingan komuniti ada juga terbela. Beliau diam dan hanya mengangguk tanda setuju.
Itu adalah beberapa luahan sahabat saya. Kami banyak berbincang demi kepentingan komuniti. Pada saya, jikalau kita meletakkan kepentingan politik dalam menggerakkan masyarakat maka perjuangan tersebut tidak akan ke mana. Justeru, kami sependapat bahawa tinggalkan dahulu pasal politik kerana dalam politik, yang untung adalah pemimpin atasan sedangkan kita hamba rakyat tetap seperti biasa. Takdak kerja, takdak makan...



1 comment:
Salam Bro,
Gue dah cakap, politik politik politik. Rakyat kat mana?
Depa dok sibuk kira sapa nak naik, sapa nak kena turun. Harga minyak turun jangan lupa.
Sekarang ni, rakyat bekerja untuk pemimpin ker, pemimpin kerja untuk rakyat?
Ha ha, bak kata Nabil Raja Lawak, "lu pikir lah sendiri".
http://nizammatsaari.wordpress.com
Post a Comment