Dalam perjalanan dari Merlimau, Melaka ke Shah Alam bersama keluarga pada malam tadi, pelbagai pemandangan, sikap dan idea yang lahir dalam fikiran. Sikap segelintir pemandu yang memandu laju dan memotong secara zip-zap amat membahayakan. Saya terfikir, jikalau mereka tidak sayangkan nyawa mereka sekurang-kurangnya ingatlah tentang orang lain. Jikalau berlakunya kemalangan bukan hanya melibatkan mereka tetapi juga akan melibatkan orang lain. Dalam keghairahan menyambut aldilfitri yang bakal menjelang, pelbagai perkara yang tidak diundang pasti berlaku jikalau semua orang mementingkan diri sendiri. Kita ada semangat tetapi semangat yang membahayakan diri sendiri dan orang lain. Tidakkah itu sikap yang bodoh namanya!Dalam fikiran saya juga terlintas berkenaan rancangan perniagaan. Mengapakah orang Melayu kurang berjaya dalam perniagaan yang dijalankan? Jawapannya adalah sebab sikap orang Melayu sendiri yang kurang membantu. Ini pengalaman saya sendiri. Sikap yang harus diubah. Dan saya terfikir mengenai rancangan untuk mengubah sikap ini ke arah jihad ekonomi. Caranya, saya mesti mengubah diri, keluarga dan komuniti saya. Bukankah kita mudah berniaga dalam komuniti kita? Dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini, saya gembira sekali kerana ramai kawan-kawan yang berniaga seperti di bazar Ramadhan, berniaga pakaian dan kasut juga berniaga benda yang dilarang iaitu mercun. Yang pasti mengapakah sikap keusahawanan ini tidak diteruskan ke bulan-bulan yang lain..
Kita ada semangat dan semangat harus ditiup sentiasa supaya ianya akan terus segar dan subur dijiwa. Semangat yang ada harus dikongsi dan digilap bersama. Komuniti adalah wadah terbaik kita memulakannya. Yang pasti dalam melaksanakan sesuatu, semangat mesti kuat. Kita dikurniakan oleh Allah swt semangat membara. Lihat cermin dan jeritkan "aku boleh...". Memang kita boleh. Orang Melayu boleh. Ibarat kata pepatah, "bersatu teguh bercerai kita roboh". Ayuh, lupakan politik seketika, kita sama majukan ekonomi kita dahulu.



1 comment:
Syabas Bro,
Dari dulu lagi aku tetap yakin orang Melayu boleh, boleh buat apa saja. Cuma antara hendak dengan tidak saja. Hendak seribu daya, mahu seribu usaha, tak mahu... ha ha ha itu yang berdalih-dalih tu.
Ayuh, teruskan perkasa bangsa sendiri.... SELAMAT BERPUASA!
Post a Comment