Monday, September 15, 2008

KITA YANG KREATIF

Allah swt menjadikan setiap manusia itu sebagai makhluk yang dikurniakan akal dan fikiran. Manusia boleh berfikir antara perkara baik dan buruk. Sebab itulah keimanan manusia itu grafnya naik dan turun. Dalam perjalanan kehidupan ini, kita kekadang banyak memikirkan kepentingan sendiri sehingga kekadang mengorbankan kepentingan ramai terutama dalam kehidupan bermasyarakat.

Ramadhan mendekatkan diri kepada Allah swt. Alhamdulillah, solat Isyak ramai jemaahnya pada bulan yang mulia ini. Dan solat Terawih pula hanya setakat 8 rakaat sahaja yang penuh. Tak apa itu perkara sunat. Yang penting perkara wajib diselesaikan. Rumah-rumah anak-anak yatim dan orang miskin dibantu. Ramai yang bermurah hati menganjurkan majlis berbuka puasa, membawa mereka "shopping" hari raya dan memberikan derma. Sebenarnya, orang kita ini pemurah dan sebaiknya kemurahan hati ini dilakukan setiap bula dan bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja.

Orang Melayu merupakan bangsa yang kreatif dan mempunyai nilai susila yang tinggi. Orang Melayu adalah orang Islam. Itu hakikat yang harus diterima. Arus globalisasi kini banyak merubah dan mengubah masyarakat Melayu. Kita terpengaruh dengan arus kemodenan yang mengorbankan nilai-nilai budaya bangsa seperti tulisan jawi dan sebagainya. Kita bangga bertoleransi dengan bangsa lain. Kita banyak memberi dan berkorban sehingga kekadang merugikan keturunan kita sendiri. Kita kini kian lemas di tanahair sendiri. Banyak mengalah dan lebih senang menolong bangsa lain daripada menolong bangsa sendiri. Lihatlah apa yang kita beli dan pakai dalam kehidupan seharian. Bermula dengan makanan, pakaian sehinggalah kepada alatan rumah, berapa persenkah yang kita beli daripada bangsa sendiri? Inilah perkara pokok yang harus sama kita semaikan kembali ke dalam jiwa kita. Suburkan jihad ekonomi Islam dalam diri kita.

Gunakan sisi kreatif yang ada untuk kepentingan dan meningkatkan pengetahuan dan ekonomi orang Islam bukan meruntuhkannya. Masa makin pantas berlalu. Ayuh berubah atau biarkan bangsa kita terus hanyut dan akhirnya tenggelam. Kita yang harus mulakannya!

4 comments:

zurazul said...

tahniah en radzillah!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Unknown said...

Salam Radzillah..

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya.
Minta maaflah kalau ada salah dan silap ye sepanjang kita di INMIND dulu. Rindu juga dengan gurauan2 yang lucu tu..Semoga berjaya dalam kerjaya.

NIZAM MAT SAARI said...

Cantik Bro,

Orang Melayu memang kreatif. Cukup kreatif. kalau tak kreatif, takkanlah ada "drama 16 September".

Ah, menyampahlah citer hal politik. Lebih baiik kita berkreatif macam mana nak hidup.

Anak bini nak kena bagi makan jugak bro, bukan sibuk nak main politik saja.

Bro, layari balik http://nizammatsaari.wordpress.com

MuSaFiR said...

Terima kasih buat sahabat semua. Saya pun sama, seonok bersama kengkawan dulu. Ceria sentiasa diselangi usik-mengusik. Namun, apakan daya. Takdir Tuhan mengatasi segalanya. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Mohon maaf buat kengkawan andai ada salah dan silap. Samalah kita bermaafan. Moga Blog2 kita menjadi penyambung mengeratkan silaturrahim..

Semoga berjaya semua dalam kehidupan dnia dan akhirat!