Era globalisasi dan dunia tanpa sempadan telah mengubah tata cara pemikiran dan penyebaran maklumat tanpa ada sebarang batasan. Hanya "klip" maka segala maklumat ada di tangan. Itulah hebatnya teknologi dan ianya terus berkembang pesat. Suatu masa nanti tidak mustahil kertas sudah tidak diguna-pakai lagi. Semuanya menerusi kaedah implan yang diletakkan dalam tubuh.Teknologi jika digunakan ke arah kebaikan maka banyak kelebihan dan kebaikannya dan begitulah sebaiknya. Dewasa ini, pelbagai berita dan cerita baik, buruk dan fitnah tersebar luas di arus perdana. Penggunaan media internet juga dikatakan antara penyumbang kepada keputusan teruk kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) yang lepas. Dulu disket digunakan kemudian cakera padat dan kini "thumb-drive" yang semakin canggih dan boleh menyimpan data dengan banyaknya.
Semua alatan termasuklah kenderaan kini menggunakan sistem teknologi. Talian telefon dan telefon yang semakin canggih. Dulu "handphone" saiznya teramatlah besarnya dan terkini hanya bersaiz sebesar jam tangan dengan pelbagai kemudahan tersedia. Itulah kehebatannya teknologi.
Rata-rata penduduk dunia khasnya golongan muda kini mempunyai laman blog tersendiri. Pelbagai perisian seperti email, myspace, friendster, multyply, fanbox dan lain-lainnya disediakan secara percuma dan boleh dilanggani dan dilayari bila-bila masa sahaja.
Kesan penggunaan teknologi kian terasa. Antara keburukannya ialah semakin menular sikap individualistik dan mementingkan diri sendiri Dalam keghairahan menggunakan media internet maka setiap berita dan cerita yang dipaparkan hendaklah diselidiki kebenaran dan kesahihannya. Dunia semakin menghampiri penghujung dan antara tanda-tanda semakin dekatnya hari kiamat adalah fitnah yang tersebar berleluasa.
Ingatlah bahawa dalam kita merasakan diri kita cerdik tetapi jangan menganggap orang lain bodoh kerana kini, semua maklumat di hujung jari.



No comments:
Post a Comment