Tuesday, May 6, 2008

ALI, AH CHONG DAN RAMASAMY

Dalam sebuah kampung yang bernama Kampung MU tinggal keluarga si Ali bersama keluarga. Suatu petang sedang Ali seronok bermain di halaman maka datanglah si Ah Chong yang tinggal berdekatan kampung si Ali iaitu Kg. CA. Kemudian datang pula si Ramasamy, juga tinggal bersebelahan dengan kampung Ali iaitu Kg. IA. Mereka bermain dengan penuh kegirangan tanpa mengambil kira agama dan keturunan. Mereka yang sebaya berumur kira-kira 10 tahun bergembira dan ceria bermain gasing.

Penat bermain, mereka mandi dan makan bersama di rumah Ali. Keluarga Ali dengan penuh toleransi telah menyediakan makanan. Mereka makan bersama menggunakan tangan kanan. Ah Chong dan Ramasamy tahu pula tentang adat dan resam keluarga Ali. Bahasa komunikasi mereka adalah Bahasa Tanah Melayu. Ah Chong dan Ramasamy bukan penghuni asal kampung mereka. Keduanya berasal dari dua benua berlainan. Kedatangan mereka kerana mengikuti keluarga berhijrah kerana kampung asal mereka yang tidak stabil dan porak peranda.

Kisah ini berlaku kira-kira 50 tahun yang lalu. Kini, masing-masing telah berkeluarga. Keakraban mereka masih terjalin tetapi keakraban anak-anak mereka hanya sekadar "suam-suam kuku". Si Ah Chong dan Ramasamy seringkali melawat keluarga si Ali. Anak-anak si Ah Chong dan Ramasamy apabila makan tidak lagi menggunakan tangan, bahkan bukan juga menggunakan "chop stick" tetapi sudu dan garfu. Bahkan kadangkala memasuki rumah Ali dengan menggunakan kasut. Ah Chong seringkali menegur kepada anak-anaknya tetapi kurang dilayan. Ali sekadar tersenyum berkata, "tak apa, tak apa". Anak-anak mereka kini tidak berkawan baik lagi. Ahmad, anak si Ali lebih suka melastik burung dan bermain guli sewaktu kedatangan anak-anak kawan ayahnya itu. Anak-anak Ah Chong lebih gemar membuka buku dan bermain "games" di luar beranda rumah Ali. Anak si Ramasamy pula asyik membaca komik keluaram "cartoon network".

Dunia kini jauh berubah. Masa merubah segalanya. Golongan lama tahu tentang kontrak sosial antara orang Melayu sebagai pribumi dengan golongan pendatang. Atas dasar toleransi dan baiknya orang Melayu ini, maka perkataan pendatang itu tidak lagi diguna pakai kepada lain-lain bangsa. Begitulah baiknya kita. Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan dan anak-anak kita merempat di bumi sendiri!

No comments: