Alhamdulillah, hari ini, 26hb. Mei 2008, genaplah usia 7 tahun aku melayari kebahagiaan rumahtangga bersama isteri dan anak-anak. Dalam tempoh masa ini pelbagai asam garam kehidupan telah berjaya diharungi bersama.
Buat isteri terkasih, segala kasih-sayang yang telah kita semai dan bercambah bersama amat dihargai. Terima kasih atas layanan dan sabar dengan karenah suamimu ini. Bersama tiga orang cahayamata, Aqil, Aqid dan Aqif, semoga anak-anak ayah akan menjadi seorang insan yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Buat sahabat yang dihormati, doakan kebahagiaan dan keberkatan kehidupan kami berpanjangan disulami kasih-sayang cinta suci.

No comments:
Post a Comment