Semalam kecoh seantero dunia berkenaan keluarnya Tun Dr. Mahathir (TDM), bekas Perdana Menteri Malaysia daripada Parti UMNO. Dalam blog, akhbar dan sms perkara ini heboh diperkatakan sehingga kita lupa pelbagai isu besar yang berlaku dalam Negara. Kita lupa soal kenaikan harga barang dan masalah beras.Begitu juga pa yang berlaku di luar negara langsung kita tinggalkan seketika. Lupa bantuan kepada mangsa taufan di China dan Myammar serta apa yang berlaku di negara Islam khasnya bumi Palestin. Politik oh politik!
Tun Dr. Mahathir, 83 tahun telah menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun antara 1981 dan 2003 itu dan merupakan antara ahli terawal parti itu sejak penubuhannya pada 1946. TDM bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sewaktu perletakan jawatan beliau, ramai menteri dan rakyat khasnya ahli UMNO yang menitiskan airmata. Namun itu akhirnya seketika. Politik hanya dipuja dan dipuji sewaktu kuasa ada di tangan.
“Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota UMNO Kedah pada forum Nasib Kedudukan Bangsa Melayu di sebuah hotel di Alor Star, Kedah.

Menurut anggota UMNO seumur hidup itu, beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah yang juga Perdana Menteri meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara. Sebelum itu, beliau memberi cadangan supaya pemimpin cawangan dan bahagian parti itu meletakkan jawatan masing-masing sebagai isyarat kepada Abdullah supaya meletakkan jawatan dalam parti sebelum pemilihan UMNO Disember ini.
Sepanjang pembabitan Dr. Mahathir selama enam dekad dalam UMNO, beliau pernah dipecat daripada UMNO pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan UMNO ketika itu, tetapi beliau diterima kembali ke dalam parti itu pada 1972.
Khabarnya, Ezam iaitu Pengerusi GERAK juga telah melepaskan jawatan sebagai pengerusi pertubuhan tersebut dan ada aura-ura mengatakan bahawa beliau kini bersedia untuk kembali ke pangkuan UMNO. Dato’ Seri Anwar, penasihat PKR pula akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum 31 Ogos 2008. Para pemimpin UMNO sibuk melobi untuk ke jawatan paling tinggi. Cadangan penubuhan sebuah parti baru iaitu Parti Kegemilangan Bangsa Malaysia (PKBM). Terengganu mempunyai tiga kelompok dalam Dewan Rakyat dan pelbagai cerita politik sedang berlaku dalam negara kita.

Dalam politik pelbagai perkara yang sukar diramal berlaku kerana politik adalah kuasa. Tanpa mempedulikan kepentingan agama dan bangsa, sikap bermuzakarah dan bermuafakat telah diketepikan. Muafakat antara pemimpin atasan tidak lagi berlaku kerana masing-masing mempertahankan rasa ego dan kepentingan pengikut masing-masing. Tiada lagi titik persamaan yang dicari kerana perjuangan masing-masing kian berbeda haluannya. Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan rakyat adalah KITA!

1 comment:
Artikel di Blog ini bagus dan berguna bagi para pembaca.Anda bisa lebih mempromosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda topik yang terbaik bagi para pembaca di seluruh Indonesia.Telah tersedia plugin/widget.Kirim artikel dan vote yang terintegrasi dengan instalasi mudah dan singkat.Salam Blogger!!!
http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/politik_oh_politik_
Post a Comment