Cuti sekolah sudah bermula. Sekarang juga adalah musim cuti dan kenduri. Banyak kad undangan perkahwinan yang diterima. Yang dekat dapatlah pergi,yang jauh sekadar ucapan tahniah diberi. Terima kasih atas jemputan dan undangan. Semoga usaha memanjangkan silaturahim ini diberkati dan diredhai Allah hendaknya.
Tengahari tadi sempat ke Ulu Yam memenuhi undangan Saudara Zul (wartawan TV9) yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan Ina. Tahniah dan selamat pengantin baru. Saya ke majlis tersebut bersama Saudara Hamirudin dan Awang (Penyelia The Woods) serta isteri dan anak-anak. Pada pagi tadi pula sempat menghadiri majlis gotong-royong memotong rumput Apt. Daisy. Ucapan tahniah juga kepada Pak Satar (penyelia Kem Pengkalan Tanjung, Sabak Bernam) yang melangsungkan perkahwinan anak beliau pada hari ini juga. Mohon maaf banyak-banyak tak sempat hendak menghala ke sana. Undangan pada hari ini juga oleh Mak Fatimah (mak angkat sewaktu Program Khidmat Masyarakat PBMUM tahun 1994) yang mengadakan kenduri perkahwinan cucu beliau di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Tahniah juga kepada Dato’ Ismail yang selamat melangsungkan perkahwinan anak beliau semalam.
Minggu depan sudah kena “booking” untuk majlis perkahwinan Abang Azmi di Subang Perdana. Juga pada hari yang sama minggu depan, jemputan daripada Saudara Fatiq (7hb. Jun akan berlepas ke Qatar untuk bekerja) yang mana adik beliau akan melangsungkan perkahwinan di Rawang. Kad undangan juga daripada Saudara Nizam-Linda yang akan melangsungkan perkahwinan adik mereka di Bandar Baru, Kedah. Insyaallah, kalau ke Pulau Pinang minggu depan melihat projek di sana saya akan cuba untuk singgah di rumah Saudara Nizam-Linda.
Lain-lain undangan akan saya masukkan nanti kerana undangan yang disebut sekadar untuk minggu ini dan minggu hadapan

No comments:
Post a Comment