Minat saya dengan nipah bermula sewaktu di bangku sekolah lagi kerana uniknya pokok nipah ialah ia tumbuh seumpama sistem "multi-level". Pokok nipah adalah sesuatu yang indah dan mempunyai pelbagai kegunaan kepada nenek-moyang kita dahulu.
Berkenalan dengan Tuan Haji Samsuddin, Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman kepada hamba yang serba kekurangan ini. Pengalaman dan pengetahuan beliau tentang nipah memang amat menakjubkan bahkan beliau pernah menganjurkan Forum Nipah Antarabangsa di Pulau Pinang.

Nipah adalah sejenis pokok yang digolongkan dalam keluarga palma yang tumbuh dalam lingkungan zon hutan bakau atau zon pasang-surut berhampiran tepi laut. Di beberapa negara lain, tumbuhan ini dikenali sebagai Attap Palm (Singapura), Nipa Palm ( Filipina), Mangrove Palm atau Nipah Palm (Malaysia).
Batang pohon nipah menjalar di tanah. Batangnya terendam ke dalam lumpur dan hanya roset daunnya yang muncul di atas tanah, sehingga pokok nipah kelihatan seolah-olah tak berbatang. Daunnya majmuk dengan helaian daun berbentuk pita, tegak, atau hampir tegak, menjulang hingga 9m di atas tanah. Bunga majmuk, di ketiak dengan bunga betina terkumpul di hujung berupa bebola dan bunga jantan berkumpul dan berjuntai berwarna merah atau kuning pada cabang di bawahnya.
Buahnya bersabut, berbentuk oval, coklat kemerahan, terkumpul dalam kelompok rapat menyerupai bebola berdiameter lebih kurang 25 cm. Buah yang masak gugur ke dalam air dan terapung dibawa arus pasang surut atau aliran air hingga tersangkut di tempat tumbuhnya. Kerap kali buah telah bercambah semasa dihanyut oleh aliran air sehingga ke tempat baru.
Nama saintifiknya adalah Nypa fruticans Wurmb, dan diketahui sebagai satu-satunya anggota genus Nypa. Juga merupakan satu-satunya jenis palma yang terdapat di zon hutan paya laut. Walau bagaimanapun terdapat terdapat satu lagi spesies dari kaum palma yang dijumpai di kawasan zon nipah iaitu Phoenix paludosa (kurma paya) yang masih lagi boleh ditemui di Jawi, Byram dan beberapa lokasi di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Fosil debunga nipah telahpun ditemui dekat London dan dianggarkan berada dalam period Eocene (Eocene Periode) iaitu 45-64 juta tahun yang lalu. Pokok nipah pernah tumbuh di Benua Eropah di mana Kota London dan Paris berada sekarang ini. Pokok nipah juga pernah tumbuh di Brazil, Florida dan Senegal tetapi pada masa kini , pokok nipah hanya boleh didapati di kawasan Indo-Pasifk sahaja.
Pokok Nipah dipercayai salah satu pokok palma yang tertua di dunia. Nipah tumbuh di bahagian belakang hutan bakau, terutama berhampiran aliran sungai yang mempunyai lumpur sehingga ke pesisir. Palma ini dapat tumbuh di kawasan yang berair agak tawar dan masih dipengaruhi oleh pasang surut air laut yang mana boleh membawa buahnya secara terapung . Di kawasan yang sesuai, tegakan pokok nipah tumbuh dengan membentuk jalur lebar yang bersambung dalam bentuk koloni di bahagian belakang hutan bakau dan tumbuh sejajar dengan garisan pantai. Pokok Nipah mampu hidup bertahan di atas tanah yang agak kering atau kering sementara semasa air surut. Pokok nipah tidak boleh tumbuh di kawasan tanah yang masin dan hanya boleh toleransi dalam keadaan tanah yang mempunyai tahap kemasinan yang rendah.
Nipah ditemui tumbuh pada garisan 25'N dan 20'S. Ia boleh ditemui di Negara India, Myanmar (Burma), Thailand, Malaysia, Indonesia, Borneo, Filipina, Kepulauan Ryukyu, Papua New Guinea, Pulau Solomon dan Australia Utara.
Pokok Nipah boleh disemai melalui biji benihnya. Biji benihnya yang tua disemai ke dalam polibeg yang bersaiz 150mm – 200mm di mana bahagian hujung apikal menghala ke tepi tabung dan perlu membenam 75% daripad apikalnya ke dalam tabung manakala bahagian mukanya menghala ke bahagian tengah polibeg.
Tanah yang digunakan ialah daripada tanah gambut yang dicampur dengan sedikit pasir (Ratio 3:1) atau campuran tanah gambut dengan tanah (Ratio 2:1). Semaian menggunakan pasir kasar atau halus tidak boleh digunakan. Yang paling baik ialah menggunakan 100% tanah asal iaitu tanah lumpur nipah yang mempunyai pH 6.0 hingga 6.5 iaitu tahap keasidan yang rendah. Siraman air diperlukan.
Pembajaan tidak diperlukan. Sebaik-baik kawasan tapak yang akan ditanam adalah lembab dan sedikit berair. Tanaman kawasan berair sedang dibuat kajian di HS Air Hitam Dalam. Selepas 2 bulan di tanam , pelepah lama akan menjadi kering dan pucuk baru akan keluar. Apabila pucuk baru keluar, anak pokok yang ditanam adalah berjaya. Buat masa ini tiada apa-apa serangan penyakit yang ditemui.
Rawatan awal selepas 2 bulan ditanam ialah perlu mencuci keliling terutama membuang selaput tunggul dan rumput sarang buaya sekiranya tanaman dibuat di kawasan lapang.
Anak benih yang baru tumbuh perlu diberi teduhan untuk mengalakkan pertumbuhan serta menghalang daripada tangkai daun mudanya daripada cepat patah apabila ditiup angin.
Anak benih yang berumur 6 bulan atau mempunyai 4 helaian daun adalah amat sesuai ditanam. Jarak tanaman yang dicadangkan adalah 3m x 5m iaitu 667 pokok sehektar. Kawasan yang sesuai adalah kawasan yang mempunyai cukup cahaya matahari. Pembajaan juga boleh dimasukkan iaitu dari jenis CIRP dalam kadar 100 gm sepokok semasa penanaman dijalankan sekiranya kawasan tersebut tidak berair.
Tanaman di kawasan lapang dan terbuka biasanya akan ditumbuhi dengan pokok selaput tunggul atau serunai laut. Rawatan ‘circle weeding’ perlu dibuat dengan kadar segera supaya pokok-pokok tersebut tidak menghalang pertumbuhan anak benih nipah. Pokok nipah membesar dengan cepat dan rawatan tidak diperlukan lagi selepas 2 tahun ditanam.
Pokok nipah akan mengeluarkan bunga pada tahun ke 4 atau ke 5 selepas ditanam. Daun nipah yang tua perlu dibuat penjarangan pelepah. Penjarangan ini amat penting kerana ia akan menyuburkan lagi pengeluaran bunga. Pokok nipah dapat mengeluarkan bunga 2 kali setahun.
Pengambilan pucuk muda untuk dibuat daun rokok akan membantutkan pengeluaran bunga. Pucuk muda yang baru akan dikeluarkan pada pokok yang sama setelah 3-4 bulan pucuk lama diambil. Pokok nipah yang tua akan mati , manakala tunas baru tumbuh di bahagian tepinya.
Dirian pokok nipah berfungsi untuk membantu menguatkan tebing-tebing sungai dan dapat menghalang daripada hakisan berlaku. Akarnya yang dalam serta dirian nipah yang rapat mempunyai daya yang cukup kuat untuk menghalang hakisan tebing sungai. Pucuk baru akan keluar dengan kadar yang cepat apabila kerosakan pokok nipah berlaku. Kadar pertumbuhan pucuk muda yang cepat akan mempertingkat pertumbuhan pokok nipah yang baru. Pokok nipah baru ini boleh berfungsi menghalang tebing sungai selepas dilanda bencana ribut dan sebagainya.
Peristiwa tsunami tahun 2005 yang melanda Kuala Sungai Abdul, Seberang Perai Utara menjadi bukti yang tepat kerana dirian pokok nipah di sepanjang Sungai Abdul dapat mengurangkan hakisan pantai serta kemusnahan yang lebih teruk terhadap harta benda dan nyawa di kawasan tersebut.
Pokok nipah dikelaskan sebagai spesies yang tidak terancam (not threatened). Ini bermakna pokok nipah masih lagi banyak terdapat di Malaysia walaupun pada akhir-akhir ini banyak pokok-pokok nipah telah pun pupus akibat pembangunan yang dijalankan. Manakala di Sungei Buloh Nature Park Singapore, statusnya adalah dilindung sepenuhnya. Pokok nipah di sini tidak boleh ditebang.

Pokok nipah sekiranya diusahakan secara komersial akan menghasilkan sumber ekonomi kepada penduduk setempat. Saranan Perdana Menteri supaya nipah dikomersialkan patut diambil peluang oleh semua pihak kerana nipah adalah warisan alam tinggalan nenek moyang untuk direnung bersama. Kepentingan nipah bukan hanya diambil niranya bahkan mempunyai peluang lain yang perlu dikaji bersama.

No comments:
Post a Comment