Saturday, May 3, 2008

SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA

Salam sejahtera dan salam perjuangan.

Terima kasih kepada para sahabat yang memberi pandangan dan cadangan supaya saya membuat laman blog sendiri. Sebelum ini saya gemar membaca blog dan tulisan rakan-rakan khasnya yang berkaitan politik, ekonomi, kesihatan dan keadaan sosial semasa. Pelbagai nama dan tajuk yang cuba dicari tapi seorang sahabat baik saya yang juga seorang blogger menasihatkan saya agar menggunakan nama ini. Kata beliau membuat blog ini adalah yang terbaik untuk kita mencurahkan idea dan buah fikiran serta orang mengenali pandangan dan idea kita. Kekadang terfikir juga, banyak idea angatkah saya ini? Apa-apapun cubalah dulu kemudian akan ada sahabat yang akan memberikan pandangan.

Blog ini ini diwujudkan di PERSADA, Johor Bahru (JB) bersempena KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU yang diadakan bermula semalam 2 hingga 4 Mei 2008. Kami menginap di Puteri Pan Pacific, JB. Kebetulannya semalam saya duduk bersebelahan dengan Tuan Haji Razali Endun (Penulis Buku 50 Tahun Politik Orang Melayu : Apa Yang Kita Cari) dan antara penyajak tersohor iaitu Tuan Haji HMS Abu Bakar. Kami bertukar nombor telefon dan alamat. Tuan Haji HMS Abu Bakar sempat memberitahu saya bahawa beliau akan mengirimkan karya sajak beliau untuk saya baca dan nilai. Terima kasih Tuan Haji kerana semalam sempat juga berbual dan berkongsi pandangan walau hanya seketika. Pesan beliau kepada saya, jangan lupa baca Dewan Sastera halaman 97 kerana sajak beliau ada dikeluarkan dalam halan tersebut. Begitu juga ada cerita tentang Tuan Haji Razali Endun. Hebat ilmu dan pengetahuan orang-orang lama ini. Sesekali berbicara diselang seli dengan pantun. Terdetik rasa kagum pada keikhlasan percakapan dan pandangan mereka ini.

Kepada para sahabat yang membaca dan memberi pandangan serta nasihat, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Sesungguhnya diri kerdil ini ibarat marhain menyusuri lembah berliku mencari sebuah harga diri bernama KEBENARAN.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan....

No comments: