Keadaan dan situasi umat Islam kini berada dalam belenggu yang amat kritikal. Sebut sahaja apa barangnya bermula dari atas kepala hingga ke hujung kaki, barang keperluan asas hinggakan makanan harian maka kebanyakannya dihasilkan oleh bukan umat Islam. Apakah istilah HALAL kepada mereka ini. Halal daripada undang-undang tidak bermakna halal daripada segi syarak.
Ini berlaku disebabkan oleh kurangnya sikap prihatin dan sikap endah tak endah kita. Justeru, atas rasa sedar dan insaf maka bermula sekarang perlunya kita melancarkan jihad ekonomi. Kuasa beli umat Islam khasnya bangsa Melayu di Malaysia adalah hampir 90%. Mengapakah ramai usahawan Melayu yang gulung tikar dan jatuh bankrap? Jawabannya mudah sahaja. Kurangnya keprihatinan dan semangat bantu-membantu dikalangan ahli masyarakat dan umat Islam sendiri atau dalam kata mudahnya tiada kesedaran jihad ekonomi.
Jihad ekonomi lain dalam erti kata yang mudah : bahawa setiap barang yang ingin dibeli oleh umat Islam hendaklah dibeli daripada kalangan usahawan atau peniaga Islam. Sekiranya tiada maka diwajibkan kita untuk sama berusaha mewujudkan keperluan tersebut. Dan seandainya tidak berjaya juga maka bolehlah dibuat pilihan lain. Bagi menjayakan jihad ekonomi ini, masyarakat Islam khasnya para pemimpin WAJIB meletakkan kepentingan diri dan keuntungan selepas kepentingan maslahah umum. Namun, realiti yang berlaku kini adalah sebaliknya.
Perkara ini seharusnya diinsafi oleh para pemimpin dan masyarakat Islam. Saya secara peribadi menyokong pendapat YBhg. Dato’ Zainal Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dalam sidang resolusi Kongres Permuafakatan Melayu supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berkenaan kepentingan jihad ekonomi ini. Kemiskinan membawa kepada kekufuran!
Apakah makanan yang kita makan, pakaian yang kita pakai ini benar-benar HALAL atau sekadar logo yang boleh dicetak sesuka hati. Tambahan pula hasrat kerajaan khasnya kerajaan Selangor yang ingin mewujukan ladang babi moden di Sepang, Selangor. Apakah babi ini hanya digunakan kepada umat selain Islam. Bagaimana dengan lemak dan minyak serta kulit yang dihasilkan daripada binatang tersebut.
Dalam merealisasikan JIHAD EKONOMI, ayuh kita mulakan dengan diri dan keluarga terdekat dengan kita supaya hasrat ini akan tercapai. Secara jujurnya, saya tabik hormat kepada rangkaian ekonomi yang telah dijalankan oleh kumpulan al-Arqam sewaktu masa dulu. Rangkaian dan cita-cita ekonomi sebegitu harus diwujudkan dalam masyarakat Islam. Yang baik itu harus kita praktikkan dan yang bertentangan dengan syariat Islam wajib kita tentang.
Justeru, kereta kita servis di mana ya! HP kita guna talian apa ya! Minyak kenderaan isi di stesen minyak mana ya! Ayuh…mulakan jihad ekonomi sekarang. Membantu usahawan Islam bererti membantu masyarakat melalui hasil zakat!

No comments:
Post a Comment