Tuesday, May 20, 2008

THE WOODS : SUATU KENANGAN


Dalam kesibukan dan keterbatasan waktu ini, hati ini masih terdetik untuk bergerak dan menikmati suasana damai di The Woods, Ulu Yam. Minggu ini sahaja rasanya sudah empat kali ke sana termasuklah hari ini, Isnin (cuti hari Wesak) masih hati ini terpaut untuk menjejakkan kaki ke situ. Pada saya, The Woods mempunyai nilai sentimental yang tinggi dengan kegigihan pekerjanya yang berusaha bekerja sebaik mungkin. Mereka ini bekerja seolah-olah tempat tersebut seumpama milik mereka.


The Woods adalah suatu kenangan indah yang sukar dilupakan. Titis-titis peluh yang gugur ke bumi lambang kesetiaan kepada tanah. The Woods mengajarku suatu pengalaman indah yang sukar dilupakan. Pengalaman mahal yang tidak akan diperolehi daripada mana-mana institusi. Lambang persahabatan dan pekerjaan. Seumpama bayi yang mula mengorak langkah, di situlah bermulanya titian silaturahim kami semua bersama masyarakat.


Mungkin ini adalah kali terakhir menjejakkan kaki ke sana atau suatu detik permulaan untuk melangkah jauh.

No comments: