Sunday, June 15, 2008

HUTAN PAYA BAKAU

Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Empat jenis utama yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah :

Nilai ekologi

Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai kerana :

1- Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantai dan angin pantai yang kencang.

2- Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan.

3- Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.

4- Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .

5- Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak
Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam.

Kepentingan Fizikal

Hutan bakau memainkan peranan penting dalam melindungi kawasan pantai dari daya-daya hakisan dan kerosakan akibat bencana ribut taufan. Kehadiran satu kawasan bakau yang luas di tepi laut dapat mengurangkan tenaga angin, ombak dan arus.

Kepentingan hutan bakau kepada masyarakat yang tinggal di kawasan bakau cukup dirasai. Bertindak sebagai satu zon penampan kepada ribut, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa akibat dari bencana semulajadi ini dapat dikurangkan. Di kawasan yang hutan bakaunya telah ditebang, kemusnahan harta benda akibat ribut adalah tinggi. Di samping itu, masalah hakisan dan pemendakan yang teruk turut berlaku.

Melalui sistem akar yang cetek, bakau mempunyai keupayaan untuk memerangkap dan menstabilkan sedimen pantai dan muara. Hutan bakau sangat berkesan memerangkap sedimen sehingga berjaya menebus guna tanah dari laut dengan membentuk satu kawasan delta yang luas.

Ancaman Kemusnahan

Pada masa sekarang, hutan bakau merupakan habitat di dunia yang paling terancam. Hutan ini lenyap pada kadar yang tinggi tetapi tidak diketahui umum. Thailand telah hilang lebih daripada setengah hutan bakaunya semenjak 1960. Di Filipina pula, keluasan hutan bakau telah menurun daripada 448,000 hektar pada tahun 1920 ke 110,000 hektar pada tahun 1990. Di Ecuador, dianggarkan 20% ke 50% bakau telah lenyap dari muka bumi disebabkan oleh kegiatan manusia. Kawasan Muisne di Ecuador telah hilang hampir 90% hutan bakaunya. Secara sejagat, lebih kurang 50% kemusnahan bakau sejak kebelakangan ini diakibatkan oleh pembersihan hutan bakau untuk tujuan menternak udang.

Kemusnahan hutan bakau boleh dibahagikan secara umum kepada 2 perkara:

(1) kemusnahan akibat kegiatan manusia
(2) Kemusnahan akibat bencana dan kejadian semulajadi.

No comments: