Sekarang adalah zaman moden yang memerlukan perkongsian idea bernas dalam sesebuah perniagaan. Dilema selepas pasca minyak naik ini menjadikan banyak skim jimat-cermat akan diguna pakai oleh rakyat di Malaysia. Minyak naik maka semua barang akan naik. Meraunglah sekuat mana pun ianya tetap akan naik. Jadilah seumpama anjing yang menyalak bukit. Yang berkuasa hanya Perdana Menteri dan yang tersiksa adalah rakyat akibat kenaikan mendadak itu. Mulai semalam (Sabtu) ramai yang beratur panjang di pejabat Pos bagi mengambil rebat tunai oleh kerajaan. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM116.734 juta kepada 239,414 pemilik kenderaan persendirian yang layak.Taukeh kedai yang memasang NGV tersenyum panjang kerana kini ramai yang telah memasang bagi menjimatkan kos. Stok tabung gas NGV juga kini telah kehabisan dan dikhabarkan sampai pada minggu hadapan. Seorang rakan yang merupakan taukeh NGV mengeluh panjang kerana kehabisan stok dan terpaksa menunggu. Purata tempahan yang diterima selepas kenaikan harga minyak adalah sebanyak sepuluh sehari.
Ini adalah peluang yang baik juga. Justeru, beberapa perbincangan dengan vendor NGV telah dilakukan dan telah diluluskan. Insyaallah, rabu ini akan ada 'MoU'. Maka bulan depan insyaallah saya dan beberapa rakan akan menjadi taukeh NGV juga. Saya dan sahabat baik saya, Mahran dan Zaman hanya akan menjadi 'advisor' manakala Hairi (taukeh mekanik yang kini mempunyai dua bengkel) akan menjalankan kerja-kerja operasi kerana kepakaran beliau amat diperlukan. Tempatnya di Subang Mah Sing. Modal? Banyak sumbernya dan sudah selesai. Bukan apa, bisnes NGV ini sekurang-kurangnya membantu mengurangkan bebanan orang ramai. Bukankah itu niat yang baik? Disamping mengambil peluang perniagaan, kita juga menghulurkan bantuan mengurangkan bebanan dan tanggungan kos kenaikan petrol. Maka aku jadi taukeh NGV pula. TAUKEH ya bukan TAUGEH!
Ada peluang, ambil. Ada idea, laksanakan. Bukan senang menjadi senang tetapi tidak susah juga menjadi senang andai usaha sentiasa di hati. Itu nilai keusahawanan!



3 comments:
Bro, untuk keta Wira punya, berapa harga. Harap kawan-kawan la nak tolong kawan-kawan kan? Kalau berpatutan aku pun nak gak satu :)
Boleh bro..tak ada masalah punya kawan2. Yg menjd problem kpd semua bengkel NGV skrg ialah kehabisan stok. Dlm 2-3 minggu insyaallah akan sampailah stok. INMIND sekarang dah banyak duit apa bro. Gunakanlah kemudahan yang ada..:-)
Boleh bro..tak ada masalah punya kawan2. Yg menjd problem kpd semua bengkel NGV skrg ialah kehabisan stok. Dlm 2-3 minggu insyaallah akan sampailah stok. INMIND sekarang dah banyak duit apa bro. Gunakanlah kemudahan yang ada..:-)
Post a Comment