Friday, June 27, 2008

PANGLIMA YANG DIGERUNI KAWAN DAN LAWAN

Politik Malaysia kini dalam keadaan huru-hara atau haru-biru. Isnin, 23 Jun 2008, parlimen sesak dengan wakil media dan orang ramai yang ingin mendengar usul tidak percaya kepada Pak Lah. Hampir 98% ahli Parlimen hadir termasuk 4 orang ahli Parlimen PKR yang hadir menaiki basikal. Perkara ini dibidas oleh Datuk Seri Nazri sebagai gimik dan publisiti murahan serta berperangai seperti kebudak-budakan.

Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBCC) membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Panglima UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana melabelkan anggotanya yang mengalihkan sekatan terhadap wartawan di lobi Parlimen pada Selasa sebagai “kebudak-budakan dan dari kelab samseng”.



Pengerusi BNBCC Datuk Seri Tiong King Sing berkata, wakil rakyat BN merasa terhina dianggap sedemikian sedangkan apa yang mereka cuba lakukan ialah membetulkan keadaan kerana merasakan wartawan tidak seharusnya dihalang daripada menjalankan tugas di Parlimen.



Saya secara peribadi, tabik juga cara “ampu politik” beliau yang bertahan hebat hingga kini walau kelantangan dan kelancangan mulut beliau kekadang seperti kebudakan. Namun saya rasakan juga Datuk Seri Nazri sudah boleh berfikir panjang implikasi setiap “statement” yang beliau keluarkan atau beliau bersara sahaja daripada politik sebelum kedudukan beliau tercalar akibat kelantangan beliau itu. Berfikir sebelum bercakap atau berfikir selepas bercakap. Pemimpin dinilai dan diperhatikan tetapi "wahyu" atasan menentukan segalanya. Itu lumrah politik Malaysia kini.



Kehebatan mulut beliau kini bukan sahaja digeruni oleh pihak pembangkang tetapi anggota Barisan Nasional sendiri. Bukan apa, takut kerana mulut santan binasa. Dan binasa itu melibatkan semua orang sehingga berlarutan sehingga PRU-13 nanti. Bukan apa takut barah ini akan menghancurkan BN lebih-lebih lagi parti UMNO kian tenat dan kritikal!

No comments: