Melihat media dewasa ini penuh dengan cerita politik sana-sini terutamanya yang melibatkan UMNO. Semuanya rentetan kekalahan kerajaan BN di lima buah negeri dan kehilangan kuasa majoriti 2/3 dalam parlimen. Ditambah lagi dengan keluarnya Tun Dr. Mahathir daripada UMNO dan pemilihan agung yang akan diadakan pada bulan Disember nanti. Dari "coffee house" ke kedai kopi semuanya cerita politik. Kembalinya Ezzam dan beberapa orang Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR ke pangkuan UMNO yang telah disambut seumpama menatang minyak yang penuh. Macam-macam pendapat, pandangan, kutukan dan juga cerita yang ada. Apa yang mampu dikatakan hanya tersenyum sendiri. Orang UMNO yang berjuang seikhlasnya untuk parti pun hanya menyerahkan keahlian UMNO kepada ketua cawangan atau kawan sahaja. Dalam arena politik pelbagai perkara yang mustahil boleh berlaku. Kawan menjadi lawan dan lawan menjadi kawan adalah perkara biasa! Politikus atau politik tikus yang susah diramal..
Pemimpin bertelagah dan bercakaran dan akhirnya rakyat yang merana kerana akibat pertelingkahan tersebut, banyak masa dibuang di gelanggang pertarungan daripada melaksanakan sesuatu perkara dan menyelesaikan masalah rakyat. Akibat pertukaran kerajaan di lima buah negeri termasuklah Kuala Lumpur, saya secara peribadi melihat banyak dasar dan masalah rakyat yang diabaikan. Rumah urut dan pub kian dibuka berleluasa. Melihat deretan kedai baru di Kota Damansara dan paparan "banner" besar terpampang, tiga "pusat urutan tradisional" baru akan dibuka dan beroperasi pada bulan depan. Di Puchong dan Seri Kembangan pun begitu juga. Apa yang menghairankan, terdapat dua buah pub di Subang Perdana dalam kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang telah dibuka dan beroperasi melebihi jam 12 malam kerana setahu saya, MBSA telah lama membekukan lesen hiburan. Pusat Snooker dan Kafe Siber jangan ditanyalah sehingga beroperasi 24 jam. Bijak-bijak, pemimpin sibuk bercakaran mereka mengambil kesempatan berniaga!
Sunday, June 1, 2008
POLITIKUS YANG HURU-HARA
Yang Berhormat (YB) yang baru memenangi PRU-12 pun sekarang semakin susah unuk didekati. Kalau sebelum pilihanraya dahulu, senang saja melihat kelibat mereka namun kini melihat bayang kereta pun susah. Mungkin mereka sibuk dengan mesyuarat di sana-sini kot! Tapi dalam kesibukan bermesyuarat, hal-hal dan jemputan rakyat setempat janganlah diabaikan. Nanti pilihanraya sekali lagi, jangan haraplah rakyat akan memangkah mereka. Sewaktu bukan dalam kerajaan lantang bersuara. Semua yang dibuat tidak betul. Tapi kini bila sudah menguasai kerajaan, sama keadaan nampaknya malah makin teruk ada lah!
Malam tadi sambil minum dan bercerita dengan seorang sahabat dari Perak, katanya MB sekarang susah untuk membuat sebarang keputusan kerana majoriti kerusi dipegang oleh DAP. Mereka ini mengugut membuat undi tidak percaya kepada MB sekiranya sesuatu perkara itu tidak dipersetujui dan selari dengan kehendak mereka. Pening juga kepala kalau kita menjadi kepala tetapi ekornya dipegang oleh orang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment