Hari ini 4 Jun kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak RM0.68 sen dan diesel sebanyak RM1. Saya di Pulau Pinang bagi melaksanakan beberapa projek yang dirancang. Terkejut juga dengan pengumuman ini walaupun daripada pagi tadi saya mendapat beberapa sms daripada kawan-kawan yang mengumumkan berkenaan perkara ini. Jalan sesak akibat ramai yang beratur panjang bagi mengisi petrol. Jadual kami untuk berjmpa Tuan Hasnan, Pengarah Perhilitan Negeri tertangguh hampir satu jam disebabkan perkara ini. Mujurlah beliau memahami apa berlaku kerana bukan hanya di Pulau Pinang yang sesak tetapi hampir seluruh stesen minyak di seluruh negara. Sungguh, kenaikan ini adalah suatu bala kepada rakyat!
Dunia kian menghampiri ke penghujungnya yang mana kenaikan ini akan mengakibatkan kenaikan harga barang yang orang yang kaya akan bertambah kaya dan rakyat akan terus melarat. Ramai yang mengeluh dan gelisah tetapi apa yang berlaku harus diterima kerana kehidupan harus diteruskan. Cukupkah gaji yang diterima bagi menampung kenaikan ini?



2 comments:
Ha ha Bro,
Apa sudah jadi? Aku rasa keraajaan pimpinan Dolah memang sengaja tunggu lepas pilihanraya nak umum kenaikan harga minyak ni. Dah agak dah. Tak payah la nak selindung lagi. Lepas tu semua mintak rakyat berkorban. Minta semua berkorban. Aku pikir kalau betul nak berkorban, kerajaan dan menteri-menteri kabinet tu kena berkorban dulu. Potong gaji ke, potong elaun yang tak berpatutan, potong claim perjalanan yang bukan-bukan, baru betul, ni tidak, rakyat juga yang terkorban.
Salam dan Tq atas pandangan bro. Saya sudah tiga hari di Penang bermula Selasa hingga Khamis kerana menyelesaikan beberapa urusan berkaitan kerja dan amanah baru ini. Melihat kenaikan harga ini rasanya ia ada berkaitan poitik. Ada agenda besar disebalik kenaikan ini. Kita tunggu dan lihat dalam masa dua tiga bulan. Rakyat semakin tertekan dan tekanan adalah peluang terbaik kepada pemimpin utk melakukaan sesuatu! BN kini semakin jauh di hati rakyat! Buatlah YouTube atau apapun, hati rakyat dibelenggu amarah bro!
Post a Comment