Apakah maknanya pembangunan pada pandangan kita sebagai rakyat Malaysia? Pembangunan dapat dipandang daripada pelbagai sudut. Namun pembangunan banyak dimaksudkan dengan sesebuah kawasan yang mempunyai banyak bangunan tinggi dengan kemudahan fasiliti dan prasarana yang mencukupi seperti di bandaraya atau bandar besar.
Pembangunan sebenarnya bukan hanya daripada sudut prasarana atau fasiliti tetapi ia juga merangkumi pembangunan mental, moral, rohani dan fizikal. Pada pandangan saya, semakin tinggi pembangunan di sesebuah kawasan maka akan bertambah kuranglah pembangunan moral manusia di kawasan tersebut. Ini adalah kerana pembangunan sesebuah kawasan nyata tidak membangunkan moral insan di dalamnya. Saya menyokong pandangan dan hasrat murni Pak Lah untuk membangunkan moral rakyat dan modal insan. Apakah beliau berjaya melaksanakannya selama tempoh beliau menjadi Perdana Menteri? Perkara utama yang patut dilaksanakan adalah memilih pemimpin yang bermoral dan beretika kerana para pemimpin dicontohi oleh rakyat. Sikap dan moral pemimpin mencerminkan nilai moral rakyat. Justeru, pemimpin yang baik adalah pemimpin bermoral yang menjalankan tanggungjawab dan kebajikan sebaiknya untuk keperluan rakyat bukan pemimpin yang rendah moral dan saling bercakaran serta mementingkan keperluan diri daripada kehendak rakyat. Ketam tidak akan dapat mengajar anaknya berjalan lurus!
Membangunkan sesuatu kawasan adalah sesuatu yang mudah berbanding membangunkan moral dan modal insan. Ini adalah kerana membangunkan modal insan memerlukan suatu tempoh yang agak lama. Seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Minda yang dibangunkan hari ini maka tempoh mengeluarkan hasilnya adalah sepuluh atau tiga puluh tahun akan datang.
Apakah masalah dan gejala sosial yang semakin parah ini akibat kurangnya pembangunan moral atau rohani yang dididik dahulu? Jawabannya mudah sahaja. Kekuatan moral dan rohani seseorang insan adalah bergantung kepada diri sendiri dan asuhan yang diberikan oleh kaum keluarga. Maksud hadith Nabi saw : “Bayi adalah ibarat kain putih dan hitam putih warnanya bergantung kepada apa yang dicorakkan oleh ibubapanya”.
Melihat kepada apa yang berlaku di bandar-bandar besar dengan rancaknya arus pembangunan yang berlaku dengan ketinggian bangunan yang mencakar langit. Sebenarnya pembangunan materialistik ini sedikit demi sedikit menghapuskan pembangunan moral insan. Lihat sahaja kehidupan manusia di perumahan mewah, apartment dan kondominium. Sikap hormat-menghormati dan nilai kejiranan yang semakin terhakis di jiwa mereka. Apa yang dicari hanyalah material berbanding perkara kerohanian. Masalah pergaulan bebas yang berleluasa dan tanpa segan silu dilakukan dikhalayak ramai dan secara terbuka. Lihat sahaja di dada akhbar dan media hari ini. Penuh dengan isu yang membabitkan moral seperti soal jenayah, salah laku seks, rasuah, perceraian dan sebagainya. Telefon bimbit berkamera dengan sistem "bluetooth" juga menjadi penyebar video dan gambar lucah dikalangan para remaja. Budaya ketimuran yang semakin pupus ditelan budaya kebaratan. Sajian program hiburan dalam media tanpa batasan juga antara penyumbang masalah moral. Artis dijadikan idola dan para ulama diletakkan jauh dalam setiap perlaksanaan yang dilakukan. Justeru, budaya mencintai kerohanian tersasar jauh daripada jiwa para remaja. Kesannya, gejala keruntuhan moral berleluasa kerana mereka ini bijak dalam ilmu dunia dan kurang ilmu akhiratnya. Dalam hal, siapakah yang akan menanggung dosa?
Kesimpulan yang dapat dikatakan ialah semakin tinggi bangunan yang dilihat maka semakin rendah nilai moral penghuninya. Jika pandangan ini diragui, tanyakan sahaja penghuninya apakah beliau saling mengenali jiran-jirannya atau wujudkah sikap gotong-royong dalam mengadakan sesuatu majlis. Jika adapun hanya segelintir yang boleh dibilang dengan jari. Tepuk dada, tanya selera dan ingat-ingatlah anak-anak kita yang menjadi pewaris kepada keturunan kita pada masa akan datang. Moral rendah kita maka akan lebih rendahlah moral anak-anak kita jika tidak dididik dengan nilai pekerti dan ilmu kerohanian. Sekiranya martabat dan maruah moral semakin berkurangan maka tunggulah bala dan balasan daripada Allah swt !

No comments:
Post a Comment